Saturday, July 18, 2009

konflik.. konflik.. konflik...!!!

aku ada sorg kawan, yg aku rasa de mempunyai KONFLIK IDENTITI.. yg mana, de tak tau nak jd sapa kat dunia nie.. de takleh nak jadi diri de, sbb de sendiri tak suka diri de kot.. de takleh nak jd org lain, sbb de mmg takleh jd org lain... tapi de lebih prefer utk jd seseorang yg "lebih membantu".. yg mana, akhirnya, de akan menyusahkan sume org kat sekeliling de..

kat sini, aku rasa aku ada pendapat skit utk org2 yg camnie...

sejak azali lagi, sblm kita dilahirkan didunia nie.. ALLAH dh tau pengakhiran kita kat mana.. tapi naper DIA still ciptakan kita kat muka bumi nie sedangkan DIA dh tau apa yg akn jadi..???? kenapa..??

sbbnya, Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

kita kena UBAH, kita kena SEDAR, yg mana kita dijadikan kat dunia nie, adalah sebagai DIRI SENDIRI.. bukan org lain.. ko ada roh sendiri, ko ada jasad sendiri.. yg mana tak sama pun dgn org lain... DIA takkan bg roh ahmad kat jasad lingam.. roh ah chong kat jasad siti...

jadi, apa yg kita kena buat, kita kena jadi diri sendiri..
kita yg akan membentuk diri kita..
kita yg akan ubah diri kita...
takyah la susah-susah kita nak jd org lain..
sbb, requirement utk jadi org lain,
kita kena lalui apa yg de lalui dari kecik smpi besar,
kita kena ada ilmu yg sama dgn de ada,
kita kena faham apa yg de faham,
kita kena sedar apa yg de sedar,
kita kena ubah apa yg de ubah...

mungkin sesetengah org bleh kata,
apa yg de lalui sama je apa yg kita lalui,
kita belh dpt ilmu sama je cam de ada,
kita bleh faham sama je cam de faham dan sume la..

tapi, secara matematiknya, kita takkan dpt 100% sama dgn de... mesti ada yg berbeza.... sbb percentage yg berbeza nie la kita takleh sama dgn org lain... kalau betul la bleh sama, mesti la ada 2-3 einstein, ada 2-3 mahathir dan sapa2 lagi la yg hebat kat dunia nie...

so, apa yg terbaik adalah kita jd diri kita sendiri...
sedar apa yg baik utk kita, apa yg buruk utk kita...
ubah diri kita supaya menyenangkan diri kita dan org lain...

"we could form people, but we cannot change people ..."

Tuesday, April 14, 2009

ilham yg mendatang..!!!

start dari minggu lepas, aku ada problems skit dgn aku nyer part of research dlm ibs nie.. antara masalah yg kritikal nyer adalah :

1-nak send result dari worksheet(beam) ke worksheet(result) tanpa overlap..
2-nak send gambar dari worksheet(beam) ke worksheet(result) tanpa overlap..

secara konsepnyer, asas utk masalah nie sama je.. cuma idea/ilham utk buat tue yg pening nak difikirkan.. secara jujurnya, aku nie bkn la budak sains komputer.. aku lupa plak nak bgtau.. nie programming dlm excel.. de gunakan VBA (Visual Basic apa ntah...).. yg mana, aku tersangat la baru utk explore bende nie.. rujukan yg ada pun, e-book download dari internet, dgn google utk search apa yg aku nak.. most properly what i'm going to say is "GUIDED READING".. (ntah betul ke tak BI aku nie..) selama aku di STC nie, aku diajar utk membaca secara parallel, buat keje secara parallel.. semua keje kena buat seiring dan sejalan.. kalau membaca, kena ada byk buku utk dirujuk secara serentak.. camtue gak dgn buat keje, mungkin ada kaitan antara satu sama lain.. kita tak tau..

utk masalah aku yg pertama, aku mendapat ilham selepas aku solat isyak 12/04/09.. sebelum aku main badminton dgn bebudak STC.. selepas solat isyak sampai la sebelum aku main badminton, aku fikirkan segala kemungkinan yg akan men"stuck"kn aku lagi... lastly, aku merasakan cara nie akan berjaya selepas memikirkan secara mendalam nyer... lepas je main badminton, aku trs balik.. trs bukak laptop free aku nie.. implement cara yg aku fikirkan sebelum nie dan selepas beberapa kesalahan yg tipikal, akhirnya "AKU BERJAYA".. mmg seronok giler aku time tue.. tak tido aku malam tue, sbb seronok sgt.. heheheeee.. aku msg Dr. Airil. bgtau de yg aku dh berjaya setelkan masalah tue.. de balas balik.. "Ok, bagus, keep it up!"

untuk masalah yg kedua plak, aku mendapat ilham tatkala aku tgh berak 16/04/09.. heheheee.. agak selekeh gak la kalau nak diceritakan..hari sebelum tue, Dr. Airil nakkan bila time print result, de nak kuarkan skali detailing.. sebelum nie, result tue, takde pun gmbr utk detailing.. so, malam tue aku takde la nak pk sgt.. sbb nak main badminton dulu.. hehehehee.. tapi sebelum main badminton tue, Dr. Airil nak jumpa kat Safiah (kedai mamak yg mmg jd port kitorg utk berbincang smbl minum2..).. tapi aku tak datang.. sbb konflik information.. tapi takpe la.. selepas balik dari main badminton, masa minum dgn bebudak nie... diorg kata nak stay up utk setelkan problem nie.. nak tak nak, aku kena ada skali la.. malam tue, aku fikir nak tido je.. so, aku takleh nak fokuskan dgn masalah tue.. aku dtg umah bebudak nie kat jalan batai.. bukak tv, bukak laptop.. tau je la, bila dh bukak tv, mmg tv la dilebihkan.. heheehehee.. time tue plak cerita P. Ramlee.. "AHmad Albab".. aku layan tgk citer2 nie.. heheheee hbs kul 2, mmg pk solution utk problem nie time iklan je la.. heheheee.. hbs citer tue, aku smpt la usik2 nak torai buat gak la.. smpi kul 2.45.. bukak AXN, ada citer "house" plak.. kena la tgk.. hhehehee.. (best citer nie, de ajar korg camne nak buat group discussion dgn betul..).. lepas je hbs, aku malas nak pk, aku trs tido je... esok pagi, bgn, balik umah, mandi2, trs gie STC.. time nie la, aku dpt fokus skit dgn masalah nie.. lepas makan nasi lemak+air nescafe 3 in 1.. dlm kul 12 lebih, aku sakit perut nak berak.. time nie la ilham tue dtg.. heheheeheee.. aku torai punya torai.. akhirnya, sekali lagi "AKU BERJAYA"... aku trs msg Dr. Airil, de bls balik "Cantek!"

aku rasa best giler dpt buat apa yg aku nak dgn aku berFIKIR berSUNGGUH2 utk selesaikan suatu masalah..

"
If I have succeeded in doing in this life, it was because I was working at what I liked (Timoshenko, As I Remember, p. 15)"

Thursday, March 19, 2009

penyakit misteri..!!!

aku pun tak tau kenapa dgn aku sekarang nie.. bukan sakit.. takde la bz sgt pun.. tapi ada la keje nak kena buat.. apa yg jadi masalah nyer... aku selalu terlupa keje yg aku nak buat.. bukan aku tak listkan, dh listkan pun still kekadang terlupa.. termakan semut la kot...

kekadang tue, aku nak SMS someone, pun terlupa gak.. nak call, tapi terlupa.. itu yg kekadang aku rasa, cam aku dh abaikan rmi org.. tapi aku tak sengaja utk buat bende nie..

sori la kepada sesapa yg aku terlupa utk sms dan call..

Friday, March 13, 2009

i want to leave now....!!!!!

aku kurang faham dgn keadaan sekeliling aku skrg nie.. apa yg aku maksudkan dengan sekeliling tue adalah kat tempat aku berada skrg nie.. macam S**K..

aku berada ditempat yg mana maunsia-manusia yg ada kat sini, tak sedar diri, pengotor, jual ikan..
aku giler tak faham dengan orang-orang yg cam nie.. serius giler aku takleh tahan nak dok sini.. bukan aku nak mengharapkan sth dari diorg nie.. tapi just nak diorg tolong jaga kebersihan tue skit.. walaupun aku nie takde la pengemas sgt.. tapi kalau nak dibandingkan dgn diorg, aku la kot paling rajin kat sini..

utk wanita yg membaca blog nie, tolong la jgn amek diorg nie sebagai pasangan hidup korg.. serius korang akn bernasib malang..

Tuesday, March 10, 2009

setelah sebulan menyepi...

assalamualaikum..

dh sebulan aku tak menaip apa2.. bukan tak nak menaip.. cuma takde ruang masa yg sesuai utk menaip.. asal terfikir nak update blog.. ada je keje yg memintas keje lain.. so, skrg nie baru la nak update skit.. tapi skrg nie takde idea nak tulis pasal apa.. ada byk perkara nak diberitahu.. tak tau nak start yg mana.. apa kata kita start esok je la.. heheeheee.. sbb hari nie nak prepare utk presentation proposal master esok pagi..

wish me LUCK...!!!

Saturday, January 31, 2009

PPSMI...????

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)...
apa nie..?? kalau korg nak tau.. click link nie..

http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=ppsmi&unit=guru&bhs=my

tapi apa yg aku nak kongsi pasal bende nie adalah perdebatan golongan yg membantah perlaksanaan PPSMI dgn golongan yg mahukan PPSMI ini dilaksanakan...

aku rasa cukup bagus la kalau malaysia nak laksanakan PPSMI dan aku sokong sgt.. tapi kenapa ramai juga yg nak membantah nyer..???

tadi aku tgk berita kat tv3, kul 8, 31 januari 2009...
golongan yg membantah perlaksanaan PPSMI.. diorg buat perhimpunan tanpa permit kat Jalan TAR. diorg nak hntr memorandum bantahan.. diorg kata "takde alasan utk guna bahasa inggeris dlm sains dan matematik..". aku terblur kejap...

kenapa aku blur..?? sbb salah sorg yg membantah tue bekas lecturer math dari UKM.. prof lagi tue.. cuba kita siasat skit background education de.. mungkin de belajar dari universiti luar negara.. kenapa de belajar kat luar negara..?? kenapa tak belajar kat malaysia je..?? tak cukup bgs ke universiti kat malaysia nie..??

ok.. apa yg aku cuba smpikan kat sini.. kebanyakan universiti kat malaysia nie dh menggunakan bahasa inggeris dlm setiap subjek yg diajar.. kecuali subjek2 sejarah dan sebagainya.. dan kebanyakan subjek sains, matematik, mekanik dan lain2, telah diajar dlm bahasa inggeris.. dan byk buku rujukan, journal yg dijadikan sebagai rujukan, conference paper, kebanyakannya dlm bahasa inggeris.. CUBA bayangkan, adik2 kita yg belajar dari darjah satu smpi form 5, belajar sains dan matematik dlm bahasa melayu sepenuhnya.. tak ke menjadi satu kejutan bg diorg utk faham balik sume apa yg diorg belajar masa sekolah dulu..?? satu-satu perkataan diorg nak kena translate dlm bahasa inggeris.. buang masa diorg.. kalau utk pelajar yg pndi, mungkin diorg cepat skit nak fhm.. tapi utk pelajar yg kurg pndi, diorg perlukan masa utk fhm balik..

CUBA bayangkan situasi ini pulak.. adik2 kita yg belajar dari darjah satu smpi form 5, belajar sains dan matematik dlm bahasa inggeris (seperti PPSMI skrg).. masuk matrik, takde masalah utk fhm apa yg diajar.. masuk universiti pun takde masalah utk fhm apa yg diajar.. malah, boleh baca buku yg dikarang oleh saintis dan ahli matematik yg hebat kat dunia nie.. impak de cukup besar utk malaysia dan sgt la bgs.. sbb apa yg aku faham sepanjang aku berada didalam dunia akademik nie.. ahli akademik yg hebat dalam dunia sekarang ini, diorg ada satu bahasa standard, bahasa yg mana ahli akademik jepun fhm apa yg ahli akademik perancis ckp, ahli akademik german pun fhm apa yg ahli akademik UK ckp... ahli akademik dari serata dunia pun fhm apa yg diperkatakan, dipersoalkan, diperbincangkan oleh ahli akademik dari negara lain.. sbb apa..??? sbb pemahaman diorg terhadap sains dan matematik sama... base diorg sume sama... sbb tue aku kata, sgt bgs utk kita dedahkan penggunaan bahasa inggeris dlm sains dan matematik. bukan utk merendahkan bahasa melayu, tapi utk diorg fhm apa perkara2 asa yg diorg perlu fhm dlm sains & matematik.. dan aku merasa rugi, kenapa PPSMI ni tak dilaksanakan masa aku darjah satu..???? kalau tak, mungkin aku dh setanding dgn ahli akademik yg hebat dari UK atau negara lain...

apa yg aku tulis nie, bukan sekadar utk baca.. kalau boleh, baca la dgn fahaman yg betul...

Wednesday, January 21, 2009

24 Jam 3 Negeri 1 orang

aku pun tak tau yg aku dh berada dekat 3 negeri dlm masa 24 jam.. apa yg berlaku..???
sebenarnya, aku nak hntr bakal tunang aku nie balik t'ganu.. tapi aku ckp kat de yg aku nak singgah KL dulu.. so, kena la balik awal skit.. planning nyer, kalau tak singgah KL, pagi selasa tue bertolak dari JB ke t'ganu.. tapi memandangkan aku nak singgah KL, so aku mintak nak balik awal skit.. so, isnin petang tue aku dh bertolak balik KL.. pukul 6.30 petang, kitorg bertolak dari JB ke KL.. smpi KL, lebih kurg kul 11.20 mlm.. lepak2 jap, borak dgn parent jap.. pastue naik tido la.. aku tido kat bawah, bakal tunang aku, tido kat bilik aku..

esok nyer, kul 10.15 bertolak dari KL ke terengganu.. smpi lebih kurg kul 5.20.. gilir2 la memandu nye.. mula2, bakal tunang aku bawak.. tak smpi stgh jam pertama, de dh suh aku bawak.. alasannyer, de sakit kepala.. so, aku mmg kena drive la.. takut lain plak jd nyer kalau de bawak.. so, aku bawak keter smpi kat chendor.. jauh gak la... nak dekat 4 jam la aku drive, non stop.. sakit belakang.. sakit otak aku nie..sbb nak kena concentrate utk memandu.. bleh giler beb.. heheheee

smpi je kat chendor, berenti jap.. solat, makan.. pastue smbg balik perjalanan.. bakal tunang aku bawak la.. heheeeee.. aku apa lagi.. tido la... hahahaaaa.. jahat giler.. penat seeehhh... aku tido, dan tido.. smpi la bakal tunang aku kejut, tny nak beli kuih2, nak bawak balik makan.. so, aku bgn la... gie la pasar tani dkt dgn umah de tue.. heheheee..

smpi je umah, mak de smbt dgn gembira nyer.. hehehehee.. lepas tue, rehat2 jap.. borak2 dgn mak mertua.. hehehee pastue, lebih kurg kul 8.15, mak dh hntr gie stesen bas.. bas lewat giler smpi, kul 9.45 baru smpi.. nyampah betul aku nak kena tunggu lama2.. kalau bas cantik takpe.. ini tidak.. dh la buruk.. sume couple seat, sepatutnyer aku dok single seat.. sengal betul..mmg suwe la bas tue.. bawak la laju giler, drebar tue tak sedar kot, yg bas tue dh nak reput.. bila langgar lubang skit, bunyi la skru kerusi nak tertanggal.. tak ke korg cuak...?? aku byk kali terjaga, asal terjaga ke baca doa naik kenderaan.. takut punya pasal.. alhamdulillah la, selamat smpi.. kul 6.30 smpi larkin..

tentatif nyer :

20/01/09
6.30 pagi - KL
10.15 pagi - bertolak ke terengganu
5.20 petang - sampai di terengganu
9.30 malam - bertolak ke JB
6.30 pagi - sampai di JB

tak ke 24 Jam 3 Negeri 1 orang... heheheheee