Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)...
apa nie..?? kalau korg nak tau.. click link nie..
http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=ppsmi&unit=guru&bhs=my
tapi apa yg aku nak kongsi pasal bende nie adalah perdebatan golongan yg membantah perlaksanaan PPSMI dgn golongan yg mahukan PPSMI ini dilaksanakan...
aku rasa cukup bagus la kalau malaysia nak laksanakan PPSMI dan aku sokong sgt.. tapi kenapa ramai juga yg nak membantah nyer..???
tadi aku tgk berita kat tv3, kul 8, 31 januari 2009...
golongan yg membantah perlaksanaan PPSMI.. diorg buat perhimpunan tanpa permit kat Jalan TAR. diorg nak hntr memorandum bantahan.. diorg kata "takde alasan utk guna bahasa inggeris dlm sains dan matematik..". aku terblur kejap...
kenapa aku blur..?? sbb salah sorg yg membantah tue bekas lecturer math dari UKM.. prof lagi tue.. cuba kita siasat skit background education de.. mungkin de belajar dari universiti luar negara.. kenapa de belajar kat luar negara..?? kenapa tak belajar kat malaysia je..?? tak cukup bgs ke universiti kat malaysia nie..??
ok.. apa yg aku cuba smpikan kat sini.. kebanyakan universiti kat malaysia nie dh menggunakan bahasa inggeris dlm setiap subjek yg diajar.. kecuali subjek2 sejarah dan sebagainya.. dan kebanyakan subjek sains, matematik, mekanik dan lain2, telah diajar dlm bahasa inggeris.. dan byk buku rujukan, journal yg dijadikan sebagai rujukan, conference paper, kebanyakannya dlm bahasa inggeris.. CUBA bayangkan, adik2 kita yg belajar dari darjah satu smpi form 5, belajar sains dan matematik dlm bahasa melayu sepenuhnya.. tak ke menjadi satu kejutan bg diorg utk faham balik sume apa yg diorg belajar masa sekolah dulu..?? satu-satu perkataan diorg nak kena translate dlm bahasa inggeris.. buang masa diorg.. kalau utk pelajar yg pndi, mungkin diorg cepat skit nak fhm.. tapi utk pelajar yg kurg pndi, diorg perlukan masa utk fhm balik..
CUBA bayangkan situasi ini pulak.. adik2 kita yg belajar dari darjah satu smpi form 5, belajar sains dan matematik dlm bahasa inggeris (seperti PPSMI skrg).. masuk matrik, takde masalah utk fhm apa yg diajar.. masuk universiti pun takde masalah utk fhm apa yg diajar.. malah, boleh baca buku yg dikarang oleh saintis dan ahli matematik yg hebat kat dunia nie.. impak de cukup besar utk malaysia dan sgt la bgs.. sbb apa yg aku faham sepanjang aku berada didalam dunia akademik nie.. ahli akademik yg hebat dalam dunia sekarang ini, diorg ada satu bahasa standard, bahasa yg mana ahli akademik jepun fhm apa yg ahli akademik perancis ckp, ahli akademik german pun fhm apa yg ahli akademik UK ckp... ahli akademik dari serata dunia pun fhm apa yg diperkatakan, dipersoalkan, diperbincangkan oleh ahli akademik dari negara lain.. sbb apa..??? sbb pemahaman diorg terhadap sains dan matematik sama... base diorg sume sama... sbb tue aku kata, sgt bgs utk kita dedahkan penggunaan bahasa inggeris dlm sains dan matematik. bukan utk merendahkan bahasa melayu, tapi utk diorg fhm apa perkara2 asa yg diorg perlu fhm dlm sains & matematik.. dan aku merasa rugi, kenapa PPSMI ni tak dilaksanakan masa aku darjah satu..???? kalau tak, mungkin aku dh setanding dgn ahli akademik yg hebat dari UK atau negara lain...
apa yg aku tulis nie, bukan sekadar utk baca.. kalau boleh, baca la dgn fahaman yg betul...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
to be honest aku sangat setuju cadangan ajar math ngan sains lam bahasa inggeris. sebabnya sama la macam yang kau cakap tu.memang x rugi pun belajar dalam bahasa inggeris. tapi pasal bahasa melayu pulak aku rasa mesti jugak kita usahakan so that tak hilang. bahasa melayu ni pun dulu macam bahasa inggeris jugak(bahasa utama dunia). komsas ngan novel rujukan sekolah tu tukar-tukar la. dah berzaman guna rujukan yang sama. budak-budak pun dah bosan tengok. macam mana nak ada minat nak belajar bahasa melayu?haiya..
ReplyDelete